Khairy Jamaluddin bercakap dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Selangor di Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 15 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Malaysia terima sumbangan vaksin dari Jepun, AS

SHAH ALAM, 15 JUN: Malaysia akan menerima sumbangan vaksin Covid-19 dari Jepun dan Amerika Syarikat dengan perolehan terawal pada bulan depan.

Menteri penyelaras program imunisasi Covid-19 kebangsaan berkata sumbangan dari Jepun dimaklumkan menteri luarnya pagi tadi, namun tidak dinyatakan jumlah dos.

“Saya menunggu surat rasmi jumlah dos sebagainya…bagi sumbangan Amerika Syarikat perbincangan akan diadakan malam ini,” kata Khairy Jamaluddin dalam sidang media di Bangunan Annex.

Sebelum itu, Khairy menghadiri Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Selangor bersama Dato’ Menteri Besar Dato’Seri Amirudin Shari.

Jelasnya, Jepun akan mengagihkan vaksin AstraZeneca, manakala Amerika Syarikat belum diketahui.

Malaysia, India, Korea Selatan dan Taiwan antara negara yang bakal menerima dos vaksin Covid-19 disumbangkan oleh Amerika Syarikat .

Langkah itu sebahagian program sumbangan 80 juta dos vaksin oleh Presiden Joe Biden menjelang hujung bulan ini.


Pengarang :