Orang ramai mengimbas kod bar aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) sebelum menjalani Saringan Komuniti percuma anjuran Kerajaan Negeri di Stadium Jugra, Kuala Langat pada 3 Jun 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB ajak penduduk sertai Saringan Komuniti di 12 DUN

SHAH ALAM, 5 JUN: Penduduk di Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam dijemput menyertai Saringan Komuniti secara percuma mulai esok hingga 10 Jun.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter turut berkongsi lampiran poster senarai lokasi saringan itu di 12 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Berikut senarai lokasi dan tarikh:
5 Jun
Sungai Burong – Dewan Dato’ Hormat, Tanjung Karang
Permatang – Dewan Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang

6 Jun
Bukit Melawati – Dewan MDKS Bandar Baru Kuala Selangor
Ijok – Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Badong

7 Jun
Jeram – Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Kuching Tengah
Batang Kali – Dewan Komuniti Bukit Sentosa

8 Jun
Hulu Bernam – Dewan Orang Ramai Hulu Bernam
Kuala Kubu Bharu – Dewan Merdeka

9 Jun
Sungai Panjang – Stadium Sungai Besar
Sabak – Dewan Tun Razak

10 Jun
Sungai Air Tawar – Dewan Bagan Nakhoda Omar
Sekinchan – Dewan Seri Sekinchan

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Pendaftaran saringan percuma boleh dibuat menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), klik butang sihat dan guna fungsi saringan atau layari http://screening.selangkah.my.


Pengarang :