Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Laman Sukan USJ 1, Subang Jaya pada 23 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Selangor rekod 1,374 kes Covid-19, hampir semua daerah catat penurunan

SHAH ALAM, 7 JUN: Jumlah jangkitan harian Covid-19 di Selangor turun lebih 800 kes kepada 1,374 kes berbanding semalam.

Rekod Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menunjukkan hampir semua daerah mencatatkan penurunan kes kecuali Kuala Selangor.

Mengikut data dikongsi JKNS di Facebook, sebanyak 105 kes direkod di Kuala Selangor berbanding 54 kes semalam.

Rekod sama menunjukkan kes di Petaling turun hampir dua kali ganda kepada 382 kes termasuk Hulu Langat, Klang (210) dan Gombak (127).

Kuala Langat pula mencatatkan 96 kes, Hulu Selangor (53), Sepang (16) dan Sabak Bernam (tiga).

Menurut data jabatan itu, sebahagian besar kes membabitkan jangkitan dalam komuniti, hanya sebilangan kecil melibatkan penjara/lokap.

Jumlah berkenaan menjadikan keseluruhan 203,520 kes direkodkan di Selangor akibat wabak sejak lebih setahun lalu.


Pengarang :