Petugas kesihatan memberi suntikan kepada peserta program Vaksin Selangor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 16 Julai 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

14.2 peratus rakyat Selangor lengkap terima dua dos vaksin

SHAH ALAM, 19 JULAI: Seramai 674,000 individu atau 14.2 peratus rakyat Selangor telah melengkapkan penerimaan dua dos vaksin setakat hari ini.

Menerusi perkongsian infografik di Facebook Dato’ Menteri Besar memaklumkan sejumlah 2.73 juta dos vaksin diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Manakala penerima dos pertama adalah seramai 2.06 juta atau 43.3 peratus.

Infografik tersebut menunjukkan selain PICK, Program Vaksin Selangor (Selvax) turut mempercepatkan program imunisasi menerusi 72,011 dos suntikan.

Semalam, Amirudin berkata jumlah pemberian vaksin harian negeri boleh mencecah ke tahap maksimum 300,000 dos sehari menjelang hujung bulan ini.

Jumlah itu hasil program Selvax, PICK dan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas).

Program Selvax merupakan pelengkap kerangka PICK.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan kepada sejuta pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Manakala program percuma Selvax Komuniti akan memberi manfaat kepada 250,000 rakyat yang masih belum divaksin membabitkan 500,000 dos.


Pengarang :