Orang ramai yang dijangkiti wabak menunggu giliran di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 25 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lebih 95 peratus jangkitan Covid-19 babit kes tiada gejala

SHAH ALAM, 26 JULAI: Sebanyak 7,216 atau 95.6 peratus daripada 14,516 kes baharu Covid-19 hari ini membabitkan pesakit kategori satu atau tidak bergejala.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 7,045 kes pula membabitkan kategori dua diikuti kategori tiga (83 kes), kategori empat (77 kes) dan kategori lima (95 kes).

“Ada antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan namun ada segelintir berubah status kesihatan sama ada bertambah baik atau merosot kepada kategori yang lebih tinggi.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan 1.8 peratus kes dilaporkan hari ini berada pada kategori tiga sehingga lima manakala 98.2 peratus kategori satu dan dua,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 207 kes kematian hari ini yang mana tertinggi dalam negara sejak pandemik menular.

Kematian hari ini melibatkan 57 kes di Selangor diikuti Kuala Lumpur (52), Johor (24), Kedah (19), Melaka (18), Negeri Sembilan (14), Pahang (tujuh) Sabah (enam), Perak (lima), Pulau Pinang (tiga) dan Terengganu (dua).


Pengarang :