Hee Loy Sian (dua dari kanan) melihat proses suntikan vaksin Covid-19 ketika meninjau program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Kajang di Dewan Sri Cempaka Saujana Impian, Kajang pada 26 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Ribuan penduduk Kajang termasuk pekerja asing dapat bantuan makanan

KAJANG, 26 JULAI: Hampir 2,000 bakul makanan diagihkan kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang terjejas sepanjang tempoh perintah kawalan.

Wakil rakyatnya Hee Loy Sian berkata bantuan turut diagihkan kepada pekerja asing yang terputus sumber pendapatan berikutan tidak dapat keluar bekerja.

“Kebanyakan penduduk yang terkesan kerana diberhentikan kerja dan tidak dapat keluar bekerja untuk menyara keluarga,” katanya ketika ditemui pada program Selvax Komuniti di Dewan Seri Cempaka hari ini.

Beliau berkata sebanyak 1,000 bakul makanan lagi akan diagihkan kepada penduduk terkesan untuk fasa ketiga bermula Ogos ini.

Pada 9 Jun, Kerajaan Selangor mengumumkan jumlah peruntukan kepada wakil rakyat bagi menjayakan program Mesra Rakyat ditambah kepada RM100,000 tanpa mengira fahaman politik.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tambahan RM50,000 diberi kepada mereka bagi mengagih bantuan makanan kepada penduduk terjejas.

Kerajaan Negeri juga menyalur RM30,000 kepada ahli parlimen Pakatan Harapan yang tidak menerima peruntukan peringkat persekutuan bagi memudahkan mereka membantu rakyat.


Pengarang :