Suasana di sekitar gerai jualan yang kelihatan suram di Little India Jalan Tengku Kelana Klang ketika tinjauan menjelang sambutan Deepavali pada 9 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Lebih 2,000 penyewa aset PBT terjejas PKP dapat moratorium

SHAH ALAM, 8 JULAI: Kerajaan Negeri meluluskan pemberian moratorium kepada penyewa aset pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak dapat beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penangguhan bayaran itu dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 2,000 penyewa aset PBT seperti gerai.

“Keputusan pemberian moratorium ini baru diluluskan dalam mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini (7 Julai). Moratorium bagi bulan Jun dan Julai diberikan kepada penyewa dan tidak ada dalam Pakej Kita Selangor 2.0.

“Ini menunjukkan Kerajaan Negeri sentiasa perbaiki dan mendengar keperluan orang ramai serta kalau ada kemampuan pasti dilaksanakan,” katanya pada ruang bicara di Facebook Bernama TV malam tadi.

Pada 9 Jun, Amirudin mengumumkan seramai 40,000 usahawan Hijrah diberikan moratorium bayaran pinjaman selama satu setengah bulan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Inisiatif yang memberi impak kewangan berjumlah RM11.35 juta disalurkan susulan Kerajaan Negeri memahami kesukaran golongan itu akibat pelaksanaan PKP yang menjejaskan perniagaan dan gangguan aliran tunai.


Pengarang :