Waktu Perkhidmatan Kaunter MBPJ secara janji temu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta fasa pertama Pelan Pemulihan Negara. Foto Facebook MBPJ
PBTSELANGOR

MBPJ: 2,408 mohon lesen dalam talian sepanjang PKP

SHAH ALAM, 16 JULAI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerima 2,408 permohonan lesen perniagaan secara dalam talian sepanjang Januari hingga Jun.

Penolong pengarah komunikasi korporatnya berkata dari jumlah itu hampir 60 peratus membabitkan 1,392 pemohon iklan dan permit sementara.

“Itu merupakan permohonan tertinggi daripada peniaga diikuti  tred-pejabat pengurusan sebanyak 1,016. Permohonan secara talian ini dibuka setiap masa bagi memudahkan urusan orang awam,” kata Ahmad Iskandar Mohamad Mukhtar kepada SelangorKini.

MBPJ menyediakan perkhidmatan permohonan secara dalam talian itu sepanjang masa merangkumi lesen iklan luaran, iklan sementara, tred-pejabat pengurusan, establisymen makanan dan permit usahawan mikro.

Langkah ini juga dapat mengawal dan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dengan kalangan masyarakat.

Pemohon boleh menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-79541560 atau emel kepada [email protected] untuk pertanyaan lanjut.


Pengarang :