Kakitangan Mais mengagihkan bekalan makanan asas kepada keluarga yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 sekitar Hulu Langat dan Klang pada 11 Ogos 2021. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

306 keluarga di Klang, Hulu Langat dapat barang dapur dari Mais

SHAH ALAM, 12 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) semalam mengagihkan sumbangan fidyah kepada 306 keluarga sekitar Klang dan Hulu Langat yang terkesan akibat Covid-19.

Agensi itu dalam kenyataan di Facebook menyebut sumbangan bernilai RM30,600 membabitkan 202 keluarga di Hulu Langat manakala selebihnya di Klang.

“Setiap penerima bantuan menerima set makanan kering berupa beras, minyak masak, gula, tepung dan susu dengan nilai sumbangan berjumlah RM100,” katanya.

Bantuan disalurkan melalui Rakan Strategik Agihan Fidyah Mais antaranya Surau Haji Abbas Kampung Delik Klang, Masjid Sungai Ramal Luar Kajang dan Surau Taman Sri Kenari.

Program agihan yang turut mendapat kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd bagi meringankan kos perbelanjaan seharian ketika mendepani tempoh perintah kawalan.

Bayaran fidyah boleh dibuat dengan melayari laman web www.mais.gov.my atau melalui http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.


Pengarang :