Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia bertungkus lumus merawat pesakit Covid-19 yang koma di wad unit rawatan rapi Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 13 Julai 2021. Foto BERNAMA
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Jangkitan harian lepasi paras 23,000, kes aktif lebih 257,000

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah rangkuman terkini mingguan Bernama mengenai Covid-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 14 Ogos hingga pukul 8.30mlm 20 Ogos 2021.

Kes kumulatif Covid-19 di Malaysia melepasi 1.4 juta kes. Di peringkat global, lebih 211 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.4 juta. Lebih 188 juta pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik Covid-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

__________________________________________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Kes harian baharu negara melepasi angka 23,000 semalam, tertinggi setakat ini, apabila sembilan buah negeri mencatat kes empat angka tiga hari berturut-turut (18, 19 dan 20 Ogos).

Negeri berkenaan ialah Selangor, Sabah, Sarawak, Kedah, WP Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Perak.

Lonjakan kes harian baharu kepada 23,564 menjadikan kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 257,417 kes, sementara kes kumulatif pula sebanyak 1,513,024.

Kes tertinggi sebelum ini dicatat semalam iaitu 22,948.

Selangor kekal menyumbang kes harian baharu tertinggi iaitu 6,974 dengan diikuti Sabah (2,738 kes) dan Sarawak (2,548 kes).

Sabah turut mencatat kes melebihi dua ribu semalam (19 Ogos) sebanyak 2,583 kes, 18 Ogos (2,413 kes) dan 17 Ogos (2,103 kes).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 21,448 kes sembuh baharu hari ini, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 1,241,894 (82.08 peratus). Semalam, Malaysia mencatat angka tertinggi kes sembuh iaitu 21,720 kes.

Sebanyak 233 lagi kes kematian dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 13,713 (0.91 peratus).

Kakitangan Sutera Globals Muhammad Hakimin Nor Azime, 20, menitiskan sampel air liur pesakit pada kit ujian kendiri ‘Gmate Covid-19 Rapid Antigen Test’ buatan Korea pada 29 Julai 2021. Foto BERNAMA

Sepanjang rangkuman mingguan Bernama (14-20 Ogos), kes harian baharu seperti berikut:

14 Ogos (20,670 kes), 15 Ogos (20,546 kes), 16 Ogos (19,740 kes), 17 Ogos (19,631 kes), 18 Ogos
(22,242 kes), 19 Ogos (22,948 kes ) dan 20 Ogos (23,564 *tertinggi setakat ini).

Unit rawatan rapi (ICU) kini mengendalikan sebanyak 1,062 kes Covid-19 dan sebanyak 518 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, peratus pesakit kategori 3, 4 dan 5 sepanjang tempoh rangkuman mingguan ini mencapai paras terendah pada 17 Ogos iaitu 1.5 peratus atau 298 kes daripada 19,740 kes harian baharu yang dilaporkan.

Data KKM mengenai peratus pesakit kategori 3, 4 dan 5 sepanjang rangkuman mingguan Bernama 14 hingga 20 Ogos:

14 Ogos (3.3 peratus/676 kes), 15 Ogos (1.9 peratus/373 kes ), 16 Ogos (298 kes/1.5 peratus ), 17 Ogos (1.6 peratus/305 kes), 18 Ogos (1.9 peratus/430 kes), 19 Ogos (457 kes/2.0 peratus) dan 20 Ogos (1.8 peratus/431 kes).

KKM meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksigen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru.

Dengan 1,513,024 kes kumulatif, Malaysia di tangga 25 dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (1,631,689 kes) dan Czechia (1,677,204 kes).

Kluster tempat kerja terbanyak

Sehingga semalam, Malaysia merekod sebanyak 1,422 kluster aktif. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 4,386 kluster dan 2,964 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh rangkuman mingguan Bernama ini, berdasarkan laporan KKM, terdapat sebanyak 266 kluster baharu, dengan yang terbanyak, kluster tempat kerja 156 (58.5 peratus) dan kluster komuniti 88 (33.1 peratus).

Rabu 18 Ogos mencatat jumlah kluster paling banyak pernah dilaporkan iaitu 49 kluster dan 30 daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Kluster tempat kerja adalah kluster paling banyak dilaporkan sejak permulaan fasa kedua gelombang ketiga penularan Covid-19 di negara ini pada 28 Mac 2021 sehingga 17 Ogos 2021.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada 18 Ogos, daripada 2,913 kluster yang dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 1,549 kluster atau 53.2 peratus adalah kluster tempat kerja sementara 880 kluster (30.2 peratus) adalah kluster komuniti.

Kelantan melaporkan kluster komuniti tertinggi iaitu 239 kluster (27.2 peratus), diikuti Sarawak (171 kluster; 19.4 peratus), dan Sabah (94 kluster; 10.7 peratus).

Kluster komuniti yang dilaporkan ini berpunca daripada penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga atau kontak rapat seperti aktiviti ziarah-menziarahi keluarga atau penularan di kawasan kediaman (481 kluster), komuniti di rumah panjang (44 kluster); dan majlis sambutan perayaan (55 kluster).

Perkembangan lain dalam negara

Berdasarkan kenyataan ketua pengarah kesihatan semalam, sebanyak sembilan negeri mencatat kes harian baharu empat angka, tiga negeri tiga angka, dua negeri dua angka dan sebuah negeri, satu angka.

Seorang petugas kesihatan lengkap berpakaian sut pelindung diri (PPE) membantu warga emas menolak kerusi roda di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam ketika tinjauan SelangorKini pada 17 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI

Senarai negeri adalah seperti berikut:-

Kes harian baharu empat angka – Selangor 6,974 kes, Sabah 2,738 kes, Sarawak 2,548 kes, Kedah 1,932 kes, WP Kuala Lumpur 1,652 kes, Pulau Pinang 1,523 kes, Johor 1,323 kes, Kelantan 1,281 kes dan Perak 1,248 kes.

K​​​​es harian baharu tiga angka – Melaka 610 kes, Negeri Sembilan 608 kes, Terengganu 521 kes dan Pahang 517 kes.

Kes harian baharu dua angka – Perlis 64 kes dan WP Putrajaya 24 kes.

Kes harian baharu satu angka – WP Labuan 1 kes.

Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan di Facebook peribadinya berkongsi kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau ro/rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:

14 Ogos (1.05), 15 Ogos (1.05), 16 Ogos (1.05), 17 Ogos (1.04),18 Ogos (1.04), 19 Ogos (1.04) dan 20 Ogos (1.04).

Negeri yang mencatat Ro/Rt tertinggi pada 20 Ogos adalah Perlis (1.38), Sarawak (1.31) dan Sabah (1.23).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Mengenai situasi dan maklumat terkini mengenai mutasi spike protein Covid-19 di Malaysia, Dr Noor Hisham dalam kenyataan akhbar pada 17 Ogos menyatakan, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenalpasti sebanyak 43 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang kesemuanya adalah varian membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian yang perlu diwaspadai (VOI) sebanyak 710 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 690 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 467 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Senario wabak Covid-19 di Malaysia (14-19 Ogos 2021)

Rekod kes sembuh:

14 Ogos (17,655 kes), 15 Ogos (16,945 kes), 16 Ogos (17,450 kes), 17 Ogos (16,468 kes), 18 Ogos
(19,680 kes), 19 Ogos (21,729 kes *tertinggi setakat ini) dan 20 Ogos (21,448 kes).

*kes kumulatif sembuh sehingga 20 Ogos 2021 – 1,241,894 kes (82.1 peratus).

Penggali kubur dan pasukan Persatuan Amal Valley menguruskan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang pada 23 Julai 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:

14 Ogos – Kes baharu: 20,670 kes (1,384,353 kes kumulatif); Kes import: 8 kes (6 warganegara, 2 bukan warganegara); Kes tempatan: 20,662 kes [17,179 warganegara (83.1%); 3,483 bukan warganegara (16.9%)];

15 Ogos – Kes baharu: 20,546 kes (1,404,899 kes kumulatif); Kes import: 14 kes (1 warganegara, 13 bukan warganegara); Kes tempatan: 20,532 kes [17,273 warganegara (84.1%); 3,259 bukan warganegara (15.9%)];

16 Ogos – Kes baharu: 19,740 kes (1,424,639 kes kumulatif); Kes import: 19 kes (8 warganegara, 11 bukan warganegara); Kes tempatan: 19,721 kes [15,902 warganegara (80.6%); 3,819 bukan warganegara (19.4%)];

17 Ogos – Kes baharu: 19,631 kes (1,444,270 kes kumulatif); Kes import: 7 kes (2 warganegara, 5 bukan warganegara); Kes tempatan: 19,624 kes [16,677 warganegara (85.0%); 2,947 bukan warganegara (15.0%)];

18 Ogos – Kes baharu: 22,242 kes (1,466,512 kes kumulatif); Kes import: 4 kes (1 warganegara, 3 bukan warganegara); Kes tempatan: 22,238 kes [18,243 warganegara (82.0%); 3,995 bukan warganegara (18.0%)];

19 Ogos – Kes baharu: 22,948 kes (1,489,460 kes kumulatif); Kes import: 9 kes (4 warganegara, 5 bukan warganegara); Kes tempatan: 22,939 kes [19,145 warganegara (83.5%); 3,794 bukan warganegara (16.5%)].

20 Ogos – Kes baharu: 23,564 kes (1,513,024 kes kumulatif); Kes import: 23 kes (12 warganegara, 11 bukan warganegara); Kes tempatan: 23,541 kes [19,714 warganegara (83.7%); 3,827 bukan warganegara (16.3%)].

Rekod kes kematian:-

*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

14 Ogos – 260 kes [12,228 kes kumulatif, 0.88%; 195 warganegara, 65 bukan warganegara; 68 kes BID (37 warganegara; 29 bukan warganegara)];

15 Ogos – 282 kes [12,510 kes kumulatif, 0.89%; 214 warganegara, 68 bukan warganegara; 101 kes BID (46 warganegara; 55 bukan warganegara)];

16 Ogos – 274 kes [12,784 kes kumulatif, 0.90%; 211 warganegara, 63 bukan warganegara; 77 kes BID (28 warganegara; 49 bukan warganegara)];

17 Ogos – 293 kes [13,077 kes kumulatif, 0.90%; 251 warganegara, 42 bukan warganegara; 44 kes BID (28 warganegara; 16 bukan warganegara)];

18 Ogos – 225 kes [13,302 kes kumulatif, 0.91%; 198 warganegara, 27 bukan warganegara; 35 kes BID (27 warganegara; 8 bukan warganegara)];

19 Ogos – 178 kes [13,480 kes kumulatif, 0.90%; 155 warganegara, 23 bukan warganegara; 35 kes BID (26 warganegara; 9 bukan warganegara)].

20 Ogos – 233 kes [13,713 kes kumulatif, 0.91%; 199 warganegara, 34 bukan warganegara; 60 kes BID (44 warganegara; 16 bukan warganegara)].

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:

*kluster yang mencatat kes positif yang banyak ketika diumumkan

14 Ogos – 34 (tempat kerja 20, komuniti 12, kumpulan berisiko tinggi 1 dan pusat tahanan 1);

15 Ogos – 29 (tempat kerja 17, komuniti 10 dan kumpulan berisiko tinggi 2);

*kluster tempat kerja, Industri Jalan Jurunilai (Klang dan Petaling) – 160 kes.

*kluster komuniti, Tangkuyan (Kinabatangan, Sabah) – 129 kes.

16 Ogos – 35 (tempat kerja 21, komuniti 11, kumpulan berisiko tinggi 2 dan pendidikan 1);

17 Ogos – 39 (tempat kerja 23, komuniti 13, kumpulan berisiko tinggi 1 dan pusat tahanan 2);

18 Ogos – 49 (tempat kerja 30, komuniti 13, kumpulan berisiko tinggi 5 dan pusat tahanan 1);

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Jalan Warisan (Sepang, Selangor) – 216 kes.

19 Ogos – 42 (tempat kerja 23, komuniti 15, kumpulan berisiko tinggi 1, kluster keagamaan 1 dan pusat tahanan 2).

*kluster pusat tahanan, Tembok 2 (Kota Setar, Kedah) – 489 kes.

20 Ogos – 38 kluster (tempat kerja 22, komuniti 14 dan pendidikan 2).

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Jalan Damai Raya (Cheras, WPKL) – 185 kes.

Orang ramai memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan Covid-19 di Singapura pada 10 Mac 2020. Foto AFP

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah 211,041,262 (rangkuman mingguan lalu sebanyak 206,390,042 kes) dengan 4,421,425 kematian (minggu lalu 4,350,690 kematian). Kes pesakit sembuh 188,955,259 (minggu lalu 185,202,642 kes).

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, Perancis, United Kingdom, Turki, Argentina, Colombia dan Sepanyol.

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:

  • Amerika Syarikat 38,231,787 kes (643,112 kematian)
  • India 32,358,210 kes (433,622 kematian)
  • Brazil 20,494,212 kes (572,733 kematian)
  • Rusia 6,705,523 kes (174,485 kematian)
  • Perancis 6,557,356 kes (113,103 kematian)
  • United Kingdom 6,392,160 kes (131,373 kematian)
  • Turki 6,157,772 kes (53,891 kematian)
  • Argentina 5,116,803 kes (109,841 kematian)
  • Colombia 4,880,516 kes (123,901 kematian)
  • Sepanyol 4,758,003 kes (83,004 kematian)

Negara China, di mana bermulanya wabak Covid-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 107 dengan 94,579 kes dengan 4,636 kematian.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar turut menyertai senarai 105 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19.

  • Indonesia di tangga 13 – 3,930,300 kes (122,633 kematian)
  • Filipina di tangga 22 – 1,807,800 kes (31,198 kematian)
  • Thailand di tangga 34 – 1,009,710 kes (8,826 kematian)
  • Myanmar di tangga 65 – 365,759 kes (13,945 kematian)
  • Vietnam di tangga 72 – 312,611 kes (7,150 kematian)
  • Kemboja di tangga 109 – 88,242 kes (1,762 kematian)
  • Singapura di tangga 115 – 66,406 kes (46 kematian)
  • Laos di tangga 160 – 11,313 kes (9 kematian)
  • Brunei di tangga 199 – 1,136 kes (3 kematian)

Pengarang :