Pengarah Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Hulu Langat, Afizan Mohamad. Foto Facebook Persatuan Kesihatan Persekitaran Malaysia
AGENDANASIONAL

Pengarah CAC Hulu Langat meninggal dunia akibat Covid-19

SHAH ALAM, 9 OGOS: Pengarah Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Hulu Langat, Afizan Mohamad meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 semalam.

Persatuan Kesihatan Persekitaran Malaysia (MAEH) memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Serdang pada jam 12 tengah malam semalam.

“Pihak MAEH dan seluruh pengamal kesihatan persekitaran di Malaysia menerima perkhabaran duka dan sedih atas pemergian Allahyarham Afizan.

“Allahyarham antara petugas barisan hadapan yang menangani wabak Covid-19. Sama-sama kita mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh,” katanya menerusi Facebook semalam.

Allahyarham Afizan bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat sebagai ketua pegawai Kesihatan Persekitaran.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumi semalam.


Pengarang :