Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling, Dato’ Johary Anuar menunjukkan isyarat bagus selepas mengumumkan PKPD Gugusan Semarak tamat tengah malam tadi. Foto Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PKPD Gugusan Semarak tamat tengah malam tadi, awal lima hari

SHAH ALAM, 15 OGOS: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Gugusan Semarak, PJU 5, Kota Damansara ditamatkan tengah malam tadi, lima hari lebih awal daripada dijadualkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling berkata ia susulan aktiviti saringan, pengesanan kes positif dan program vaksinasi sudah selesai serta mencapai sasaran.

Dato’ Johary Anuar berkata sepanjang tempoh PKPD dilaksana, 2,514 penduduk melakukan ujian calitan PCR/RTK dengan keputusan 501 daripanya positif Covid-19.

Menurut beliau lagi, seramai 619 orang atau 20.4 peratus penduduk diberi vaksin dengan pecahan 316 orang menerima dos pertama dan 303 orang lengkap dua dos pelalian.

“Sebanyak 2,411 orang (79.6 peratus) yang tidak divaksin adalah terdiri daripada kes positif yang aktif, sudah mendapat vaksin, penduduk berusia kurang 18 tahun, mempunyai masalah alergi dan mempunyai comorbid yang teruk dan memerlukan vaksin dibuat di hospital,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pada 4 Ogos, Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan Gugusan Semarak antara 13 lokaliti yang dikenakan PKPD bermula 6 Ogos sehingga 19 Ogos depan.

 


Pengarang :