Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) Hulu Langat menyampaikan bantuan bakul makanan kepada golongan memerlukan di daerah berkenaan. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS agih 1,110 bakul makanan kepada penduduk terjejas di Hulu Langat

SHAH ALAM, 5 SEPT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan 1,110 pek makanan kepada masyarakat terjejas akibat pandemik Covid-19 di sekitar daerah Hulu Langat semalam.

Ketua operasi agihan LZS Hulu Langat berkata pihaknya mengagihkan bantuan tersebut ke beberapa lokasi dan ramai masyarakat terbeban susulan kehilangan pekerjaan dan pengurangan pendapatan.

“Bakul makanan diedar yang mana lokasinya adalah kariah masjid serta agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai perantara untuk melancarkan pengagihan.

“Semoga bantuan diberikan ini dapat mengurangkan beban kos harian mereka,” kata Muhammad Ibrahim Selamat menerusi Facebook.

Menurutnya, antara agensi kerajaan yang menerima sumbangan pek makanan itu ialah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, Jabatan Kebajikan Sosial Hospital Kajang, Balai Penghulu Mukim Cheras, Persatuan Komuniti Penduduk dan beberapa masjid.

 


Pengarang :