PBTSELANGOR

Perpustakaan MBSA anjur pertandingan tulis esei sempena Hari Kebangsaan

SHAH ALAM, 7 SEPT: Perpustakaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan pertandingan menulis esei sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021.

MBSA menerusi Facebook memaklumkan pertandingan itu diadakan bertujuan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara melalui penulisan.

Ia terbuka kepada dua kategori iaitu berusia 13 sehingga 15 tahun bagi kategori A dan 16 sehingga 18 tahun (kategori B).

Bagi kategori A hadiah untuk tempat pertama wang tunai RM300, kedua RM200 manakala ketiga RM100 dan tiga pemenang saguhati masing-masing menerima RM50.

Sementara itu hadiah kategori B pula wang tunai RM400 untuk tempat pertama, kedua RM300 manakala ketiga RM200 dan tiga pemenang saguhati masing-masing menerima RM50.

Tarikh tutup penyertaan pada 15 September dan untuk maklumat lanjut boleh klik pautan https://bit.ly/3B7TX2s atau hubungi emel [email protected] serta laman sosial rasmi Perpustakaan MBSA.


Pengarang :