Selangorkini
ADN Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar melihat koleksi kraf yang ditempatkan di pusat seni kraf pada 21 September 2021. Foto Facebook PKM Meru
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

Pusat seni kraf dibuka di Meru, pasar produk tempatan

SHAH ALAM, 24 SEPT: Sebuah pusat seni kraf diwujudkan di Meru bagi mengumpul dan memasarkan produk tempatan, kata wakil rakyatnya.

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata pusat berkenaan ditubuhkan dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) Meru dan seorang pengusaha kraf dari Jalan Jambu.

“Kita juga sedang berusaha untuk membantu mereka yang terlibat bagi menambah pendapatan di samping memperkenalkan seni dan budaya kepada warga tempatan serta asing.

“Usaha ini mengangkat hasil seni warga Meru ke peringkat negara dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Menurut beliau, beberapa produk hasil kraf krusye atau mengait warga Meru berjaya memasuki pasaraya utama tahun lalu antaranya Isetan dan Suria KLCC.

Pereka kraf yang berminat boleh mendapatkan maklumat melalui platform berikut:

Telegram – https://t.me/pusatkhidmatrakyatdunmerun42
Facebook – PWB Meru N42
Instagram – https://instagram.com/pebs_dunmeru?utm_medium=copy_link
WhatsApp – https://chat.whatsapp.com/F23LJ58nTaqCBJFDEYPKvC

 


Pengarang :