Penyelaras DUN Batang Kali, Saifuddin Shafi Muhammad meninjau program Vaksin Selangor (Selvax) Bergerak DUN Batang Kali di Pusat Khidmat Rakyat Batang kali, Hulu Selangor pada 7 Oktober 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
SELANGOR

DUN Batang Kali agih lebih 4,000 bantuan makanan sejak Julai

SHAH ALAM, 8 OKT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali mengagihkan lebih 4,000 bakul makanan kepada penduduk sekitar yang terkesan pandemik Covid-19.

Penyelarasnya Saifuddin Shafi Muhammad berkata bantuan secara berterusan mula diberi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Julai lalu.

“Bantuan bakul makanan ini sentiasa diagih dari semasa ke semasa dan pada masa sama memastikan penduduk menerima bantuan sama rata.

“Selain itu, kita juga menumpukan bantuan membawa penduduk yang uzur ke hospital sekiranya mereka ada janji temu menerusi program Batang Kali CAR-e,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan pada program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak DUN Batang Kali di pusat khidmatnya semalam.

Sehingga kini, sekitar 3,800 penduduk kawasan itu lengkap divaksin menerusi program Selvax anjuran Kerajaan Selangor.

Program tersebut terbuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas termasuk warga asing dengan membuat pendaftaran awal melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).


Pengarang :