Petugas Kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian calitan ke dalam bekas ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Komuniti MBPJ, Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 19 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan baharu Covid-19 menurun sedikit, catat 4,782 kes

SHAH ALAM, 25 OKT: Sebanyak 4,782 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menurun sedikit berbanding 5,666 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu kini mencecah 2,436,498 kes semuanya.

Menerusi data COVIDNOW pula, 716 kematian dicatatkan dalam tempoh 14 hari, dengan nisbah 22 kematian per 1 juta dalam tempoh 14 hari setakat semalam.

Menurut data itu lagi, purata kes Covid-19 dalam tempoh tujuh hari adalah 5,861 kes, dengan kadar lengkap vaksinasi di seluruh negara mencapai 72.8 peratus.


Pengarang :