Keadan bumbung sekolah yang roboh akibat struktur kayu lama dan reput ketika tinjauan Selangorkini di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 13 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Struktur kayu reput punca bumbung sekolah runtuh

SIJANGKANG, 13 OKT: Struktur kayu lama dan reput mengakibatkan bumbung bahagian sisi dua kelas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Telok Panglima Garang di sini runtuh semalam.

Bagaimanapun, kejadian sekitar jam 2 petang itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, kata naib pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Bangunan ini lama dibina dan merupakan SJKT terbesar di Kuala Langat. Struktur bumbung sudah dibaiki beberapa kali, namun masih runtuh,” kata C Kamalanathan.

Beliau menjelaskan perkara terbabit dipanjangkan ke pejabat pendidikan daerah dan Jabatan Kerja Raya bagi tindakan lanjut sekali gus mengelak kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Kamalanathan berkata kawasan sekolah terbabit sering ditenggelami air apabila hujan lebat hingga menjejaskan pembelajaran murid.

“Apabila hujan lebat lebih sejam, air naik lebih 0.3 meter dalam kelas dan berlaku dua kali setahun. Jadi kita minta perhatian demi keselamatan murid,” katanya.

 


Pengarang :