Penguat kuasa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Farizal Ahmad Napiah, 48, (kiri) bersama Pengawal Keselamatan, A Rahim Tasman, 58, (kanan) menonton pembentangan Belanjawan #Selangor2022 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 26 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Wakil rakyat sokong Rancangan Selangor Satu, cadang libat sektor swasta

SHAH ALAM, 27 NOV: Rancangan Selangor Satu (RS-1) perlu penglibatan sektor swasta bagi memastikan pelaksanaannya lebih berkesan.

Ahli Dewan Negeri Banting Lau Weng San berkata usaha Kerajaan Negeri itu dalam memulihkan ekonomi pasca pandemik perlu disokong semua pihak.

“RS-1 adalah sesuatu yang cukup berwawasan daripada infrastruktur tetapi mencabar dalam aspek pelaksanaan dan penyampaian dilakukan dalam masa terdekat.

“Usaha ini agak tersusun untuk kita bangkit selepas pandemik dan rakyat perlu bekerjasama merealisasikannya selain kerjasama sektor swasta,” katanya.

Weng San ditemui selepas pembentangan Belanjawan #Selangor2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini semalam.

Dato’ Menteri Besar dalam pembentangan belanjawan memaklumkan Kerajaan Negeri sedang membangunkan satu pelan pembangunan lima tahun (2022 hingga 2026).

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu bagi menumpukan usaha mempercepatkan proses pemulihan ekonomi pasca pandemik dan memacu agenda pembangunan untuk memastikan Selangor terus mengukuhkan kedudukan sebagai pusat pertumbuhan utama ekonomi yang mampan di Malaysia dan Asia.


Pengarang :