Penerima (dari kanan), Vanaja Tangariasoo, 46, Siti Rajiah Ahmad, 41, dan Teh Ah Hong, 40, menunjukkan sampul Bantuan Selangor Bangkit dan Bantuan Wang Ihsan yang diterima di Dewan MBSA Jalan Kebun, Shah Alam pada 10 Januari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: 30,140 mangsa bah dapat RM1,000, selesai agih RM30.26 juta

SHAH ALAM, 12 JAN: Seramai 30,140 keluarga terjejas banjir bulan lalu menerima bantuan Kerajaan Negeri berjumlah RM1,000 setakat 12 Januari.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM30.260 juta dibelanjakan untuk sumbangan melalui Bantuan Selangor Bangkit (BSB).

Menurut infografik dikongsi beliau di Twitter, seramai 12 waris korban bencana di Klang, Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat turut menerima bantuan masing-masing RM10,000.

Daerah Petaling paling ramai menerima sumbangan membabitkan 9,666 isi rumah diikuti 7,376 orang di Klang, manakala 6,457 penduduk Hulu Langat.

Turut menerima sumbangan sama ialah 2,326 isi rumah di Sepang, Kuala Langat (1,890), Kuala Selangor (1,548), Gombak (750), Hulu Selangor (92) dan Sabak Bernam (35).

Selain pemulihan prasarana, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada waris korban banjir dan RM1,000 kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman.

Bantuan diagih mulai 28 Disember dan dijangka selesai hujung bulan ini.


Pengarang :