Sebahagian 40 pelajar bersama ibu bapa menerima bantuan kembali ke sekolah yang disumbangkan ADN Hulu Kelang di di Pasaraya Hari-Hari, Taman Permata pada 20 Februari 2022. Foto ihsan Persatuan Kebajikan Ar-Rayyan Malaysia
ADNSELANGOR

40 pelajar susah di DUN Hulu Kelang dapat bantuan sekolah

GOMBAK, 20 FEB: Seramai 40 pelajar kurang berkemampuan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang menerima bantuan kembali ke sekolah hari ini.

Wakil rakyatnya Saari Sungib berkata setiap seorang diperuntuk RM100 dengan memilih sendiri kelengkapan di Pasaraya Hari-Hari di Taman Permata di sini.

“Kita beri peruntukan keseluruhan RM4,000 dan mereka boleh pilih beg, baju, alat tulis atau kasut yang diinginkan. Kita khususkan kepada pelajar sekolah dan Persatuan Kebajikan Ar-Rayyan Malaysia diberi tanggungjawab menguruskan program itu hari ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan sumbangan tong sampah kepada penduduk Flat PKNS AU1A/1 di sini.

Saari berkata bantuan sama diagihkan secara tunai tahun lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang turut memanfaatkan 40 pelajar.


Pengarang :