AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 2 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Selangor sehingga jam 7 malam ini.

Menurut agensi itu, daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang termasuk beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Beberapa kawasan di Perlis dijangka berdepan cuaca sama ialah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu manakala Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Amaran sama turut dikeluarkan di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron), Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Manakala di Sarawak pula membabitkan Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau) dan Miri (Miri) serta Sabah: Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud) sehingga jam 6 petang ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman web www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :