Keadaan rumah penduduk di Taman Kota Cheras yang rosak akibat ribut pada Ahad lalu. Foto Facebook MPKj
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPKj bantu bersih rumah mangsa ribut

SHAH ALAM, 22 FEB: Ribut kencang pada petang Ahad lalu, mengakibatkan beberapa rumah sekitar Taman Kota Cheras, Cheras rosak atau musnah sebahagiannya.

Susulan itu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengarahkan kakitanganya membantu mangsa membersihkan kawasan rumah termasuk mengutip sampah pukal.

“Ada rumah penduduk mengalami runtuhan sengkuap (awning) dan beberapa struktur lain.

“Bagaimanapun tiada keperluan untuk membuka pusat pemindahan sementara kerana kesemua mangsa menumpang di rumah keluarga terdekat,” kata MPKj menerusi Facebook hari ini.

Pada masa sama, Yang Dipertua MPKj Najmuddin Jemain turut mengunjungi kawasan kejadian pada pagi Isnin untuk menilai kerosakan yang ditanggung mangsa.

 


Pengarang :