Petugas kesihatan yang terlibat dalam pengendalian kes Covid-19 kelihatan letih berikutan peningkatan kes setiap hari ketika tinjauan pada 13 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

24,316 kes jangkitan Covid-19, empat kluster baharu direkodkan semalam

SHAH ALAM, 25 MAC: Angka jangkitan harian Covid-19 melonjak 1,835 kes kepada 24,316 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 6,019 pesakit yang dirawat di hospital, seramai 194 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan, manakala 127 kes lagi di ICU tidak memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada 194 kes di ICU, 90 kes disahkan Covid-19, baki 104 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

“Seramai 239,934 pesakit atau 96.9 peratus sedang menjalani di kuarantin di rumah dan 1,329 kes atau 0.5 peratus sedang dikurantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pesakit kes kategori serius iaitu 3, 4 dan 5 tetap rendah iaitu 152 atau 0.63 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) adalah 24,164 kes atau 99.37 peratus.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori:

Kategori 1: 13,299 kes (54.69 peratus)
Kategori 2: 10,865 kes (44.68 peratus)
Kategori 3: 75 kes (0.31 peratus)
Kategori 4: 32 kes (0.13 peratus)
Kategori 5: 45 kes (0.19 peratus)

Katanya, empat kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan jumlah kluster keseluruhan yang masih aktif setakat semalam sebanyak 251.

Selain itu, 64 kes kematian dicatatkan semalam, termasuk 18 kematian di luar hospital manakala 25,512 pesakit dilaporkan sembuh semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh kepada 3,796,975 kes.


Pengarang :