Anggota Rela menjaga laluan masuk dan keluar bagi memastikan pengunjung mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) di Bazar Ramadan Taman Delima, Kajang pada 14 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

EXCO: PBT diminta jarak gerai bazar Ramadan, ikut SOP sedia ada

SHAH ALAM, 16 MAC: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memastikan penjarakan gerai di bazar Ramadan bagi mengekang penularan Covid-19, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius berhubung peningkatan kes  Covid-19 yang berlaku mutakhir ini.

“Namun Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengetatkan tatacara operasi piawai (SOP) walaupun kes Covid-19 mencatat peningkatan.

“Buat masa ini kehidupan dijalani rakyat mengikut SOP sedia ada dan mereka tidak sanggup peraturan itu diperketatkan,” katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Pandamaran  Leong Tuck Chee berhubung kesediaan Kerajaan Negeri mengetatkan SOP susulan peningkatan Covid-19 pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Tambah Siti Mariah, Kerajaan Negeri tetap meneruskan dan meningkatkan usaha advokasi dan kempen kesedaran awam dalam memastikan masyarakat sentiasa mematuhi SOP ketika menjalani aktiviti seharian.


Pengarang :