Pemandu kenderaan dan penunggang motosikal terpaksa meredah banjir berikutan hujan lebat berterusan ketika tinjauan Selangorkini di Persiaran Jubli Perak Seksyen 22, Shah Alam pada 18 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKIN
AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat di KL serta tiga daerah Selangor

SHAH ALAM, 16 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor serta Kuala Lumpur sehingga 6 petang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan di Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) sertaPerak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)

Menurut MetMalaysia cuaca itu turut diramal berlaku di Kelantan (Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) , Terengganu (Besut dan Setiu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong) , Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka melanda Sarawak iaitu di Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang serta Sabah (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, Tawau dan Lahad Datu)

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

 


Pengarang :