Program 1 Hari 1 Juzuk disiarkan secara langsung mulai 6 petang di Facebook Pitas mulai semalam. Foto Facebook Pitas.
AGENDABERITA UTAMAEXCONASIONALSELANGOR

1 Hari 1 Juzuk selama sejam setiap hari semarak sambutan Ramadan

SHAH ALAM, 4 APRIL: Sempena Ramadan Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor menganjurkan program 1 Hari 1 Juzuk bermula semalam.

EXCO Hal-Ehwal Agama Islam berkata program yang dianjurkan secara bersama Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas) itu diadakan selama sejam bermula jam 6 petang dan disiarkan secara langsung di Facebook beliau dan Pitas.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata program itu diketuai oleh para huffaz dan qari di Selangor dengan harapan dalam tempoh sebulan bacaan di bulan Ramadan ini dapat melengkapkan 30 juzuk.

“Platform ini sebagai usaha menyemarakkan bacaan al-Quran hanya dalam tempoh 60 minit sehari insyaAllah dalam 30 hari kita dapat khatam.

“Program ini adalah salah satu usaha kecil untuk mengajak masyarakat di luar sana dengan situasi endemik untuk melakukan perkara bermanfaat dan berfaedah selain mendapat ilmu dari huffaz yang ada di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program itu pada siaran langsung di Facebook, semalam.

Umat Islam yang ingin mengikuti program ini boleh layari Facebook dan Youtube Zawawi Mughni dan Pitas (Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor).


Pengarang :