EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berucap ketika majlis Iftar Rakyat DUN Pandan Indah di Dewan Komuniti MPAJ Pandan Indah, Ampang pada 24 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

500 pek makanan raya percuma untuk penduduk Pandan Indah

AMPANG, 25 APRIL: Sebanyak 500 pek barangan keperluan asas menyambut Aidilfitri akan diberikan secara percuma kepada penduduk Pandan Indah Ahad depan.

Wakil rakyat Ir Izham Hashim berkata pek itu mengandungi dua ekor ayam, santan, nasi himpit dan minyak masak.

“Warga Pandan Indah perlu memohon melalui ahli majlis, ketua kampung atau boleh terus memohon melalui pusat khidmat.

“Jumlahnya terhad jadi siapa cepat dia dapat di mana permohonan akan mula dibuka Khamis ini,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar Rakyat DUN Pandan Indah di Jalan Pandan Indah di sini.

Pada majlis itu seramai 500 warga Pandan Indah yang terdiri dari golongan kurang berkemampuan (B40) hadir.


Pengarang :