ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli menyampaikan sumbangan kepada anak-anak Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah ketika Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Hotel De Palma Kuala Selangor pada 27 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN Bukit Melawati peruntuk RM150,000 anjur program Ramadan

KUALA SELANGOR, 28 APRIL: Sejumlah RM150,000 diperuntuk untuk penganjuran pelbagai program sepanjang Ramadan tahun ini, kata wakil rakyat Bukit Melawati.

Juwairiya Zulkifli berkata antara program yang dilaksanakan ialah ihya Ramadan, edaran bubur lambuk dan kurma serta pemberian al-Quran kepada jemaah masjid.

“Tahun ini program yang dianjurkan ada kelainan sedikit. Program dilaksanakan memfokuskan lebih kepada mengejar kebaikan di bulan Ramadan.

“Contohnya, sebanyak 2,000 naskah al-Quran diedarkan kepada lapan masjid setiap Jumaat. Selain itu, sebanyak 3,000 bubur lambuk dan kurma diedarkan kepada penduduk,” katanya.

Juwairiya berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Hotel De Palma Kuala Selangor, di sini malam tadi.

Tambahnya, walaupun jumlah diperuntukkan agak besar tetapi dapat beri manfaat selain dapat perbanyakamalan dan sedekah.

ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli (tengah) beramah mesra dengan tetamu ketika Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Hotel De Palma Kuala Selangor pada 27 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :