Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika majlis Berbuka Puasa Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Pemimpin Masyarakat (Pengerusi MPKK dan Ahli Majlis PBT) di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 15 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Anwar saran KEADILAN Selangor bantu kembalikan kekuatan parti

SHAH ALAM, 16 APRIL: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor berupaya membantu mengembalikan semula kekuatan parti berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan KEADILAN Selangor yang diketuai pengerusinya Dato’ Seri Amirudin Shari membuat jelajah ke seluruh negara seterusnya melonjakkan parti ke tahap baharu.

Tanpa memberi perincian, Presiden KEADILAN itu menjelaskan langkah itu mampu dilakukan berikutan Selangor berpengalaman mendepani pelbagai krisis dalam tempoh tertentu.

“Saya ucap penghargaan kepada saudara Amirudin dan pimpinan negeri Selangor kerana dapat menghimpun dan membina kekuatan walaupun dihempap dengan kuat.

“Jentera Selangor dengan pengalaman yang ada akan turun ke bawah dengan arahan yang akan diberi, Dato’ Menteri Besar akan ketuai pasukan menjelajah ke semua negeri, berikan lonjakan baru mengangkat semula kekuatan parti kita,” katanya.

Beliau berucap demikian pada majlis berbuka puasa Dato’ Menteri Besar bersama pemimpin masyarakat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.


Pengarang :