Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto Facebook Bernama News Channel
AGENDANASIONAL

e-Denda diperluas ke mahkamah rendah seluruh Semenanjung mulai Mei

SHAH ALAM, 29 APRIL: Modul Pembayaran Denda Dalam Talian (e-Denda) diperluas ke semua mahkamah rendah seluruh Semenanjung secara berperingkat mulai 12 Mei.

Menurut pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, modul itu akan bermula di mahkamah rendah di Pahang, Terengganu dan Kelantan, lapor Berita Harian.

Manakala mahkamah rendah di Selangor, Perak, Putrajaya dan Kuala Lumpur pada 13 Mei, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (25 Mei) sementara Pulau Pinang, Kedah dan Perlis bermula 26 Mei.

“Melalui pelaksanaan modul ini, tiada lagi keperluan bagi orang awam ke kaunter bayaran mahkamah, sekali gus mempercepatkan proses bayaran denda dan pembebasan tertuduh,” katanya.

Jelasnya, proses bayaran denda boleh dibuat melalui portal sistem e-Kehakiman di pautan https://ecourt.kehakiman.gov.my.

Agensi kerajaan, peguam atau orang awam yang berhasrat memahami tatacara penggunaan modul e-Denda boleh layari portal rasmi Badan Kehakiman Malaysia atau e-mel [email protected] atau hubungi 03-27331313.


Pengarang :