Pengerusi Mais Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof menyampaikan Geran Pemulihan Rigab dan bantuan Aidilfitri kepada wakil 24 Rumah Pemulihan Riqab (RPR) di Wisma PKPS pada 13 April 2022.Foto MUSTAKIM RAMLI/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Mais agih RM11.2 juta bantu 24 rumah pemulihan

SHAH ALAM, 13 APRIL:  Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerahkan sumbangan RM11.2 juta kepada 24 Rumah Pemulihan Riqab (RPR), hari ini.

Sumbangan menerusi Geran Pemulihan Rigab bagi membantu kebajikan golongan itu disempurnakan Pengerusi Mais di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini.

“Sumbangan RM11.2 juta itu melibatkan kos program, pengurusan dan penjagaan Rumah Pemulihan Riqab di bawah seliaan Mais bagi tahun 2022.

“Antara RPR yang menerima bantuan ialah Rumah Pemulihan Akhlak Insani, Rumah Solehah, Rumah Bela Insan dan Rumah Perlindungan dan Bimbingan Wanita Bayt Rahmah,” kata Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata sumbangan bertujuan membantu asnaf riqab yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan bagi menggalakkan mereka kembali ke pangkal jalan.

“Mais berharap bantuan  yang diberikan dapat digunakan sebaiknya terutama kepada pengusaha RPR untuk menjalankan tanggungjawab sosial bagi memastikan asnaf tersebut diberi perlindungan sewajarnya,” katanya.

Selain itu katanya, Mais turut menyumbang sebanyak RM293,920 kepada 1,117 orang asnaf riqab bagi membantu membuat persiapan awal menyambut kedatangan Aidilfitri.


Pengarang :