Tong Roll On Roll Off (RORO) milik Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Foto Facebook MPS
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPS sedia 10 tong sampah pukal, e-sisa sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 21 APRIL: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyediakan 10 unit tong Roll On Roll Off (RORO) bagi memudahkan penduduk membuang sampah pukal, perabot dan e-sisa sempena Aidilfitri.

Pengarah Jabatan Korporatnya Mohamad Zin Masoad berkata kemudahan percuma melalui inisiatif ‘Spring Cleaning’ itu ditempatkan di 10 lokasi bermula 22 hingga 24 April ini.

“Penganjuran program ini merupakan inisiatif berterusan MPS untuk sambutan perayaan utama bagi membantu orang ramai membuang sampah berkaitan ke dalam tong disediakan.

“MPS berharap penduduk di kawasan terlibat melakukan pembersihan serta membuang sampah pukal ke dalam tong disediakan bagi memudahkan kutipan sekali gus memastikan kawasan sekitar bersih dan selesa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 18 tan sampah pukal dari lapan lokasi dikutip melalui inisiatif sama ketika Tahun Baharu Cina Februari lalu.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan di talian 03-6126 6024 atau layari laman sesawang http://www.mps.gov.my.

10 lokasi tong RORO seperti tertera pada grafik:


Pengarang :