Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 5 petang ini

SHAH ALAM, 17 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga jam 5 petang ini.

Amaran sama turut membabitkan Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan; Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik di Kedah; Larut, Matang, Selama, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak serta Tanah Tinggi Cameron dan Temerloh di Pahang.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama bagi Kota Tinggi, Johor dan Selangau, Mukah, Tatau serta Bintulu di Sarawak hingga jam 4 petang ini.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

 

 


Pengarang :