Sukarelawan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia menyerahkan bakul Ramadan kepada penduduk di Bangi. Foto Facebook UKM
AGENSISELANGOR

Sukarelawan Skuad Kasih UKM edar bubur lambuk, pek makanan di Bangi

SHAH ALAM, 18 APRIL: Sukarelawan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini mengedarkan 200 pek makanan kepada penduduk berpendapatan rendah (B40) di sekitar Bangi, Selangor.

Sumbangan menerusi program Semarak Ramadan anjuran Skuad KASIH@FSSK itu diadakan dengan kerjasama rakan strategik ADAB Youth Garage (AYG) dan menerima tajaan CIMB ISLAMIC serta Yayasan CIMB.

Menerusi perkongsian di Facebook, Skuad Kasih memaklumkan pek makanan itu diagihkan kepada penduduk flat di Seksyen 4, Seksyen 2 dan Seksyen 3 Bangi.

“Program Semarak Ramadan ini turut dimeriahkan dengan acara memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

“Selain menabur bakti kepada komuniti, program ini diharap dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada mahasiswa FSSK dalam menyantuni masyarakat setempat di bulan Ramadhan yang mulia,” katanya.


Pengarang :