Sukarelawan Selangor (SERVE) membantu membersihkan kediaman mangsa terjejas banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Bukit Belacan, Ampang pada 25 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tangkas urus bencana, sukarelawan negeri jalani latihan bersama bomba

SUNGAI BULOH, 27 APRIL: Seramai 100 ahli Sukarelawan Selangor (SERVE) dihantar menjalani latihan bersama pihak bomba dalam tempoh terdekat bagi meningkatkan kemahiran berdepan bencana.

EXCO Generasi Muda dan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berkata langkah itu bagi memastikan SERVE lebih pantas membantu orang ramai seperti banjir yang melanda negeri ini hujung tahun lepas.

“Sebelum ini SERVE hanya membantu selepas pascabanjir dan jika mendapat latihan daripada pihak bomba pastinya kita dapat membantu dengan lebih awal.

“Justeru, kita akan menghantar 100 daripada 4,100 jumlah sukarelawan kita menyertai SERVE Elit. Pihak bomba pun bersedia membantu dan kita harap program ini dapat bermula dengan lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Perdana Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Saujana Utama di sini, malam tadi.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan RM50,000 bagi pembinaan Balai Bomba Sukarelawan Saujana Utama.


Pengarang :