Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Gombak, Petaling diramal ribut petir dan hujan hingga 5 petang

SHAH ALAM, 23 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 5 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut dijangka berlaku di daerah Gombak dan Petaling serta seluruh Kuala Lumpur dan Labuan.

Manakala Terengganu di Kemaman, Pahang (Jerantut), Sarawak (Samarahan (Simunjan) dan Betong) serta Sabah (Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :