Orang ramai menikmati juadah pada majlis Rumah Terbuka Negeri Selangor peringkat Daerah Petaling di Padang Awam MBSJ, Subang Jaya pada 21 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

Hampir 5,000 penduduk sekitar Petaling hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri

SHAH ALAM, 21 MEI: Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri bagi daerah Petaling disambut meriah dengan kehadiran hampir 5,000 tetamu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Mohamad turut hadir bagi menceriakan lagi majlis di Padang Awam MBSJ Puchong Indah itu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, Pegawai Daerah Petaling Mohd Jusni Hashim, EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud dan EXCO Kerajaan Tempatan.

Pada masa sama, Amirudin turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak selain beramah mesra dengan tetamu.

Tetamu majlis turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi popular tempatan Jay Jay dan Ramlah Ram yang mendendangkan pelbagai lagu raya.

Majlis rumah terbuka negeri diadakan mulai 15 hingga hari ini bagi meraikan orang ramai setelah dua tahun dibatalkan akibat penularan Covid-19.

Program yang diadakan sejak Ahad lalu bermula Hulu Selangor diikuti Gombak, Hulu Langat dan Sepang itu dihadiri ribuan pengunjung.

Majlis selama tiga jam juga berlangsung di Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan berakhir di Petaling serta Klang hari ini.


Pengarang :