Orang ramai hadir melihat peluang kerjaya semasa Jelajah Selangor Bekerja 2021 di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK, Shah Alam pada 23 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Karnival Kerjaya Mega mulai 11 Jun, buka 20,000 peluang kerja

SHAH ALAM, 19 MEI: Karnival Kerjaya Mega anjuran Kerajaan Selangor dijadual berlangsung pada 11 dan 12 Jun ini di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Program bermula 9 pagi hingga 5.30 petang diadakan secara fizikal melibatkan penyertaan lebih 100 syarikat pelbagai sektor yang menawarkan 20,000 peluang kerja.

Syarikat terlibat antaranya Kumpulan Perangsang Selangor, Daikin Malaysia Sdn Bhd, DHL Express, DRB Hicom Berhad, Giant Malaysia dan Malayan Banking Berhad.

Agensi lain meliputi Media Prima Digital, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Prasarana Malaysia Berhad, Shopee Malaysia, Sport Direct MST Sdn Bhd dan Toyota Auto Body Malaysia Sdn Bhd.

Sebelum ini, EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata program itu diadakan bagi mengurangkan kadar pengangguran di Selangor iaitu 3.2 peratus pada suku pertama 2022.

“Kali ini diadakan dengan skala lebih besar selepas dua tahun dibuat secara hibrid disebabkan tatacara operasi piawai pandemik Covid-19,” katanya pada 12 Mei lalu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.SelangorJobportal.com.my.


Pengarang :