Pemandu kereta ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam mengiringi orang kenamaan di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala susur masuk ke Jalan Sultan Abdul Halim, Kuala Lumpur pada 7 Mei 2022. Foto ihsan polis
AGENDAJENAYAH

Pemandu kereta ditahan halang tugas polis iring orang kenamaan

SHAH ALAM, 9 MEI: Seorang lelaki ditahan kerana didapati menghalang tugas penjawat awam yang mengiringi orang kenamaan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata suspek berusia 36 tahun didapati memandu secara gopoh dalam kejadian pada jam 11.30 malam itu.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa tugas mengiringi orang kenamaan melalui Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala susur masuk ke Jalan Sultan Abdul Halim, Kuala Lumpur.

“Susulan itu, polis menahan suspek berusia 36 tahun pada jam 1 tengah hari kerana disyaki terbabit dalam kes itu sebelum direman empat hari bermula semalam hingga 11 Mei ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya suspek dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menggalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya) dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan (memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam.


Pengarang :