Ziana Zain, Elyana, Roy, Haziq, Sissy Imann dan Jamilah Abu Bakar menjalani latihan ketika sesi raptai Senandung Aidilfitri di Dewan Jubli Perak SUK, Shah Alam, pada 30 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILA/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tonton Senandung Aidilfitri malam ini, peluang menang duit raya RM200

SHAH ALAM, 3 MEI: Orang ramai berpeluang memenangi duit raya bernilai RM200 dengan hanya menonton program Senandung Aidilfitri yang ditayangkan 9 malam ini.

Penonton hanya perlu menjawab soalan mudah yang akan dipaparkan setengah jam sebelum program berlangsung dan sekali lagi selepas rancangan berakhir.

Hadiah terhad kepada 20 penonton bertuah sebahagian daripada duit raya keseluruhan berjumlah RM10,000 yang ditawarkan Kerajaan Selangor selaku penganjur.

Selain menjawab kuiz, 20 penonton bertuah juga boleh memenangi duit raya RM100 dengan berkongsi video siaran langsung ke dinding Facebook dan Twitter masing-masing.

Disiar di portal selangortv.my dan Facebook Media Selangor, Senandung Aidilfitri tahun ini menampilkan nyanyian artis terkenal antaranya Ziana, Zain, Sissy Imann, Elyana Emrizal dan Roy Alwi.

Raja Azura, Bell Ngasri dan Azlee Senario pula antara selebriti yang menjayakan lima sketsa, dua daripadanya bertema kejadian banjir besar yang menimpa negeri ini hujung tahun lalu.

Rancangan itu pertama kali ditayangkan tahun lalu di platform sama ketika larangan balik kampung berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.


Pengarang :