Pemain Harimau Malaya Putera Nadher Amarhan cuba mengawal bola pada Perlawanan Kumpulan E Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 ketika menentang pasukan Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Malaysia kecundang 1-2 kepada Bahrain, jatuh tempat kedua

SHAH ALAM, 11 JUN: Malaysia tewas 1-2 kepada Bahrain dalam perlawanan kedua Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Kekalahan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain yang mengutip enam mata maksimum daripada dua perlawanan.

Harimau Malaya yang mengasak seawal minit pertama permainan terpaksa menanti pada minit ke-55 untuk meledak gol pertama menerusi percubaan Mohamadou Sumareh.

Bagaimanapun kedudukan 1-0 tidak bertahan lama apabila Bahrain berjaya menyamakan kedudukan dua minit kemudian hasil jaringan Ali Haram.

Menuju 10 minit terakhir permainan Bahrain dianugerahkan sepakan penalti selepas penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias mengasari pemain lawan dan Abdulla Yusuf Helal tenang meletakkan bola ke gawang bagi kedudukan 2-1.

Malaysia kini ditangga kedua dengan tiga mata hasil kemenangan 3-1 ke atas Turkmenistan dan perlu menewaskan Bangladesh pada aksi terakhir bagi mencerahkan peluang layak ke Piala Asia.


Pengarang :