EXCO Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han (tengah) bersama penduduk dalam majlis perasmian gelanggang bola keranjang di Kampung Dato Harun, Serendah. Foto Facebook Ng Sze Han
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Peruntuk RM340,000 naik taraf gelanggang bola keranjang di Serendah

SHAH ALAM, 16 JUN: Kerajaan Negeri memperuntuk sejumlah RM340,000 bagi menaik taraf gelanggang bola keranjang di Kampung Dato Harun, Serendah dekat sini.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata bantuan secara berperingkat itu untuk membaiki bumbung serta kemudahan lain demi memastikan pemain selesa.

“Bola keranjang merupakan sukan kegemaran penduduk kampung baru malah telah melahirkan ramai pemain berbakat termasuk di peringkat kebangsaan.

“Semoga usaha ini dapat membantu negara memiliki pemain yang berbakat besar dan gelanggang dijaga sebaik mungkin,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu ketua kampung Andy Pah menghargai sumbangan berkenaan dan berharap lebih banyak bantuan fasiliti diberikan kepada penduduk kampung.

“Bantuan membolehkan penduduk terutama golongan remaja bermain dengan selesa dan selamat. Terima kasih kerana membantu penduduk,” katanya.


Pengarang :