Petugas kesihatan memberikan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 ketika tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam pada 27 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

3,080 kes baharu Covid-19, 7 kematian direkodkan semalam

SHAH ALAM, 19 JULAI: Sebanyak 3,080 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, termasuk satu kes import.

Ia adalah penurunan sebanyak 856 kes berbanding 3,936 kes pada hari sebelumnya.

Sementara itu, tujuh kematian dicatatkan semalam, termasuk tiga kematian di luar hospital.

“Sebanyak 42,185 kes aktif dicatatkan setakat semalam iaitu 40,622 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (34) serta rawatan di hospital (1,472).

“Selain itu, 3,399 pesakit dilaporkan sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan kepada 4,548,014,” lapor CovidNow hari ini.


Pengarang :