Orang ramai menunggu giliran untuk divaksin dalam program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak DUN Kuala Kubu Bharu di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa, Kuala Kubu Bharu pada 24 September 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKIN
AGENDANASIONAL

4,816 kes baharu, sembilan kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 24 JUL: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 4,816 kes semalam berbanding 3,880 kes yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,648,931 dengan 49,547 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, sebanyak 47,932 kes menjalani kuarantin di rumah, 31 kes ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,535 kes di hospital dan 49 kes di unit rawatan rapi (ICU).

Data tersebut turut menunjukan sembilan kematian direkodkan semalam termasuk satu kes di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik sebanyak 35,911 kes.

Negara mencatatkan sebanyak 7,623 kes kematian di luar hospital setakat ini.

Selain itu, kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara sebanyak 61.9 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 12.1 peratus.

 


Pengarang :