Ahli parti mendengar ucapan perasmian Presiden Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Kongres Nasional ke-16 KEADILAN di Ideal Convention Centre, Shah Alam pada 16 Julai 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Anwar: Tidak tercalon PRU jika terus bersaing selepas pemilihan parti

SHAH ALAM, 16 JULAI: Pemimpin akar umbi diingatkan supaya tidak terus bersaing sesama sendiri selepas pemilihan parti selesai, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata individu yang degil dengan arahan berkenaan tidak akan menerima watikah pencalonan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Gesaan terpakai untuk semua. Saya tak akan maafkan saudara di ranting, cabang AMK (Angkatan Muda Keadilan) atau wanita yang pilih untuk teruskan persaingan sebelum pemilihan parti.

“Kalau terus berlaku begitu, jaminlah takkan ada watikah yang akan sampai pada saudara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kongres Nasional KEADILAN ke-16 di sini hari ini.

Berlangsung selama tiga hari, kongres bertema ‘Menjulang Keadilan’ itu membuka tirainya semalam selepas tidak dapat berbuat demikian tahun lalu akibat penularan Covid-19.


Pengarang :