Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) menerusi Seldec Marketplace menawarkan aneka sayur segar dan berkualiti pada harga lebih murah. Foto SELDEC
AGENSISELANGOR

Dapatkan aneka sayur segar di aplikasi Seldec Marketplace

SHAH ALAM, 29 JULAI: Orang ramai boleh mendapatkan aneka sayur segar pada harga lebih murah secara dalam talian menerusi pembelian di aplikasi Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec).

Agensi itu memberi jaminan hanya sayuran yang berkualiti dihantar terus ke rumah pelanggan selain pelbagai promosi dan potongan harga yang menarik di Seldec Marketplace.

“Dengan aplikasi Seldec Marketplace, anda boleh membuat pilihan dari pelbagai jenis sayur secara dalam talian dan kami akan menghantar terus ke rumah anda.

“Anda tidak perlu risau kerana kami akan memastikan sayur segar dalam kualiti yang terbaik sahaja yang akan dihantar ke rumah anda,” tulisnya di laman sesawang.

Selain boleh membuat pesanan pada bila-bila masa, Seldec berkata aplikasi berkenaan juga membantu menjimatkan masa pelanggan berbanding membuat pembelian secara fizikal.

Aneka sayuran segar disediakan antaranya bayam merah, kangkong, selada air, saderi, pucuk ubi dan timun.

Berikut langkah mudah membeli sayuran di Seldec Marketplace:

  • Muat turun aplikasi di App Store dan Google Playstore
  • Cari kategori sayur
  • Pilih dan ‘Add to Cart’

Selepas berpuas hati dengan pilihan sayur, Seldec berkata pelanggan boleh teruskan pembayaran secara dalam talian.

Sejak dilancarkan Kerajaan Negeri pada 3 Oktober 2019, Seldec menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung melalui pautan www.seldec.com.my

Selain aneka sayuan segar, platform sama turut menawarkan pelbagai barangan runcit antaranya ayam, ikan, buah-buahan,  telur, gula dan mi segera.


Pengarang :