Orang ramai membeli barang keperluan asas ketika Karnival Jualan Mega Prihatin di Dataran Batu Laut, Kuala Langat pada 28 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah barangan asas empat hari berturut-turut mulai esok

SHAH ALAM, 4 JULAI: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas dengan harga murah sempena Aidiladha selama empat hari berturut-turut di lima lokasi bermula esok.

Lokasi pertama ialah Taman Perwira Sijangkang, hadapan Petron Seksyen BB8, Jalan Kantan 2, Bukit Beruntung (6 Julai) dan Dataran Batu Laut, Tanjung Sepat, 7 Julai.

Pada 8 Julai, jualan dijadual berlangsung serentak di Jalan GP2, Taman Gombak Permai, Gombak dan belakang Blok D dan E, Pangsapuri Inai, Pandan Indah.

Produk ditawarkan ialah ayam (RM15 seekor), telur ayam gred B (RM12 sepapan), minyak masak (RM2 sepaket), daging pejal (RM35 sekilogram) dan ikan sejuk beku (RM8 sepaket).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor memaklumkan Karnival Jualan Ehsan mulai 9 pagi hingga 2 petang turut menjual beras, beras pulut, ketupat mini, tepung, minyak masak botol dan gula.

“Setiap lokasi menyediakan 2,000 ekor ayam, 1,000 papan telur ayam gred B, 1,700 paket minyak masak, 1,000kg daging segar dan 100 paket ikan sejuk beku.

“Pembelian adalah terhad dan secara runcit. Hanya dua unit untuk setiap barang dibenarkan kepada seorang pembeli,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi pada 1 Julai.

Beliau berkata inisiatif berkenaan bagi membantu penduduk mendapat barangan segar selain mengurangkan beban kenaikan kos makanan menjelang hari raya.

“Karnival ini sebahagian Program Intervensi Ehsan sejak awal tahun dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Kohijrah Selangor dan Permodalan Negeri Selangor Berhad,” katanya.

 


Pengarang :