Kakitangan Media Selangor sedang mengimbas aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) di Hotel Carlton, Shah Alam pada 15 Mei 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kongsi data antara jabatan secara digital tingkat kecekapan

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kerajaan Negeri akan memperluas elemen pendigitalan dengan melaksanakan  Pertukaran Data Kerajaan Selangor atau Selangor Government Data Exchange (SelGDX).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata SelGDX menjadi wadah perkongsian data bersepadu merentasi agensi negeri dan sektor awam sekali gus penyelesaian masalah dilakukan dengan berkesan.

Katanya, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), aplikasi tanpa tunai ‘Citizen E-Payment’ atau CEPat dan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) mampu memastikan perkhidmatan lebih lancar.

“Selangor mengorak langkah lebih awal berbanding pihak lain dalam melaksanakan program pendigitalan perkhidmatan Kerajaan Negeri dalam rangka mencapai gagasan matlamat Smart Selangor menjelang 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Inisiatif Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) menggunakan e-dompet melalui aplikasi SELangkah bagi menyalur pembayaran kepada penerima.


Pengarang :