Kakitangan Unit Tempat Letak Kereta Jabatan Khidmat Pengurusan MPAJ menjalankan kerja penyediaan parkir khas ambulans di Hospital Ampang pada 9 Julai 2022. Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

MPAJ sedia parkir khas ambulans di Hospital Ampang

SHAH ALAM, 12 JULAI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya menyediakan parkir khas ambulans di Hospital Ampang pada Sabtu lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata tempat letak kenderaan bagi memudahkan kemudahan itu diletakkan berhampiran pusat perubatan berkenaan.

“Unit Tempat Letak Kereta Jabatan Khidmat Pengurusan MPAJ melaksanakan kerja penyediaan parkir khas bagi kegunaan ambulans di Hospital Ampang.

“Orang awam dinasihatkan tidak menggunakan atau menghalang parkir khas ini,” tulisnya di Facebook.


Pengarang :